Sunday, February 6, 2011

TUGASAN 1 ( JISIM................ )

SEJARAH & DEFINISI UKURAN

               Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.
  • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal,digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
  • Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda,pembinaan tempat kediaman/bangunan untuk mendapatkan saiz & bentuk yang sesuai,rekaan pakaian dan sebagainya.
  • Sistem yang seragam bagi berat & ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-3SM & ke-4SM dalam kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir & Lembah Indus.
  • Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan & benda-benda di sekeliling untuk mengukur seperti depa, jengakal, batu, sepelaung, setanak, sekaki, selangkah dan sebagainya.
 
JISIM
             
                Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik. Jisim merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaitan. Jisim sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit ukuran adalah antara peralatan terawal yang dicipta oleh manusia.Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penukaran bahan makanan.Sistem yang seragam bagi bahan dan ukuran yang terawal telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM dalam kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus.Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur.Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.


Sukatan ukuran berat
1 ton = 1000 kg
 (Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan 1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak pernah digunakan. Walaupun ejaan tonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun 1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa Inggeris. Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam bahasa Inggeris.
Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagai millier atau tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai perkataan kuno oleh NIST. )


1 kg = 10 ons
1 kg = 1000 g
1 kg = 2 pounds


ZAMAN DAHULU.......

Timbangan ( berat )
  • digunakan untuk mengukur berat sesuatu barang.
  • contoh alatan yang dicipta untuk mengukur berat ialah dacing dan pikul.
  • digunakan untuk menimbang emas, perak, bijih timah, rempah, buah-buahan dan sebagainya.

Contoh penimbang yang digunakan untuk menimbang pada zaman dahulu...... 


                                                                    ( dacing)



Sukatan 
  • digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu benda.
  • alatan yang digunakan untuk mengukur sukatan ialah kaul, cupak dan gantang.
  • digunakan untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam, kacang, gula dan sebagainya.
  • juga digunakan untuk menyukat panjang sesuatu benda seperti pita pengukur.
Contoh alatan yang digunakan untuk menyukat sukatan sesuatu barang pada zaman dahulu.........

                                                                    (secubit garam )

                                                                  ( segantang beras )

                                                                      ( pita pengukur )


ZAMAN KINI.........

  • Banyak benda telah dicipta pada era moden ini untuk mengukur jisim sesuatu benda.
  • Penciptaan alatan-alatan yang moden ini telah membantu masyarakat pada zaman ini untuk menimbang jisim benda dengan senang dan tepat.
  • Antara alatan yang telah dicipta untuk mengukur jisim sesuatu benda adalah penimbang berat, pengukur jisim bendalir, pengukur lemak, "triple beam balance" dan sebagainya.

Contoh gambar-gambar yang digunakan untuk mengukur jisim pada zaman moden ini ialah...........

                                                                    ( penimbang berat )

( "triple beam balance" )

  ( pengukur jisim bendalir )

 ( pengukur lemak )

Contoh gambar-gambar yang telah diambil oleh ahli kumpulan saya ketika melakukan aktiviti di dalam kelas berkenaan dengan jisim, iaitu aktiviti dacing. 

                                         ( Ahli kumpulan saya ketika melakukan aktiviti dacing )


Antara alatan-alatan yang digunakan untuk eksperimen dacing ialah :
1) Kertas bulat
2) Pen
3) Pen marker
4) Sudu
5) Cermin mata
6) Mancis
7) Pemadam
8) Bateri
9) Highlighter
10) Diut syiling
11) Klip kertas












Cara-cara kumpulan kami menjalankan eksperimen dacing :

1)Mula-mula kumpulan kami telah menggunakan klip kertas untuk membezakan jisim dengan alatan yang lain.
2)Pada satu belah dacing kami telah meletakkan beberapa klip kertas dan cermin mata di belah lain dacing.
3)Klip kertas dimasukkan ke dalam satu belah dacing itu sehingga kedua-dua belah dacing itu kekal sama.
4)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mendapatkan jisim cermin mata telah direkodkan.
5)Cara ini digunakan untuk menggantikan cermin mata dengan alatan-alatan lain.
6)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mengimbangi setiap alatan tersebut juga direkodkan.
7)Klip kertas digantikan dengan kertas bulat dan segala penukaran dalam penggunaan bilangan kertas bulat turut direkodkan.
8)keputusan eksperimen kami adalah seperti berikut :



ITEM
BERAT
KLIP KERTAS
SYLING 1 SEN
KERTAS BULAT
BATERI AA
54
10
 12
SUDU
13
2
5
CERMIN MATA
54
               44
                 53
PEN MARKER
49
8
 15
HIGHLIGHTER
24
               16
                 19
MANCIS
60
               52
                 43
PEMADAM
              18
               20
13
PEN
              18
               15
12






Melalui aktiviti dacing ini saya dan ahli kumpulan saya dapat membezakan jisim beberapa objek yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan juga warna benda tersebut.


Bagi maklumat yang lebih lanjut mengenai ukuran jisim ini sila layari ke laman web :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jisim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_metrik


































No comments:

Post a Comment