Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya. Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nayta. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Jam matahari kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu.
Contoh jam matahari :-
Tugasan :- Beberapa minggu yang lalu saya dan rakan-rakan saya telah mencipta satu jam matahari untuk menyukat masa seperti yang telah digunakan oleh nenek moyang kami beribu-ribu tahun dahulu.Melalui penciptaan jam matahari ini kami telah belajar cara merekodkan masa dengan merujuk jam matahari.
Gambar-gambar di atas menunjukkan cara kami merekodkan masa menggunakan jam matahari.Kami telah mencipta satu jam matahari dan merekodkan masa serta membuat perbandingan dengan jam moden.Pengalaman ini memang menggembirakan kami di samping menambah pengetahuan kami mengenai hal ini.
Kelemahan jam matahari :-
Jam matahari hanya boleh digunakan ketika ada matahari sahaja.Pada waktu malam tiada cahaya matahari dan disebabkan oleh itu, masa pada waktu malam tidak boleh dikira.Hal ini menyusahkan masyarakat pada masa dahulu untuk mengetahui masa pada waktu malam.
berapa darjah untuk penanda kat tengah tu?
ReplyDelete30 degree
DeleteBagaimanakah Cara menggunakannya?
ReplyDelete