Capital Gate yang dibina oleh ADNEC (Abu Dhabi National Exhibitions Company ) telah diisytiharkan sebagai "Menara Paling Condong Buatan Manusia" oleh Guinnness World Record.Tinggi Capital Gate ini ialah 160m dan mempunyai 35 tingkat.Kecondongan bangunan ini adalah sebanyak 35 darjah ke arah barat.
( Capital Gate )
UkuraN
Friday, February 11, 2011
MENARA CONDONG PISA...........
Menara Condong Pisa atau Menara Pisa merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meters (12 kk 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.
( Menara Condong Pisa )

JAM MATAHARI.............. :)
Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya. Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nayta. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Jam matahari kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu.
Contoh jam matahari :-
Tugasan :- Beberapa minggu yang lalu saya dan rakan-rakan saya telah mencipta satu jam matahari untuk menyukat masa seperti yang telah digunakan oleh nenek moyang kami beribu-ribu tahun dahulu.Melalui penciptaan jam matahari ini kami telah belajar cara merekodkan masa dengan merujuk jam matahari.
Gambar-gambar di atas menunjukkan cara kami merekodkan masa menggunakan jam matahari.Kami telah mencipta satu jam matahari dan merekodkan masa serta membuat perbandingan dengan jam moden.Pengalaman ini memang menggembirakan kami di samping menambah pengetahuan kami mengenai hal ini.
Kelemahan jam matahari :-
Jam matahari hanya boleh digunakan ketika ada matahari sahaja.Pada waktu malam tiada cahaya matahari dan disebabkan oleh itu, masa pada waktu malam tidak boleh dikira.Hal ini menyusahkan masyarakat pada masa dahulu untuk mengetahui masa pada waktu malam.

Sunday, February 6, 2011
TUGASAN 1 ( JISIM................ )
SEJARAH & DEFINISI UKURAN
Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.

- Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal,digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
- Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda,pembinaan tempat kediaman/bangunan untuk mendapatkan saiz & bentuk yang sesuai,rekaan pakaian dan sebagainya.
- Sistem yang seragam bagi berat & ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-3SM & ke-4SM dalam kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir & Lembah Indus.
- Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan & benda-benda di sekeliling untuk mengukur seperti depa, jengakal, batu, sepelaung, setanak, sekaki, selangkah dan sebagainya.
JISIM
Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik. Jisim merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaitan. Jisim sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit ukuran adalah antara peralatan terawal yang dicipta oleh manusia.Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penukaran bahan makanan.Sistem yang seragam bagi bahan dan ukuran yang terawal telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM dalam kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus.Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur.Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.
Sukatan ukuran berat
1 ton = 1000 kg
(Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan 1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak pernah digunakan. Walaupun ejaan tonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun 1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa Inggeris. Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam bahasa Inggeris.
Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagai millier atau tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai perkataan kuno oleh NIST. )
1 kg = 10 ons
1 kg = 1000 g
1 kg = 2 pounds
ZAMAN DAHULU.......
Timbangan ( berat )
- digunakan untuk mengukur berat sesuatu barang.
- contoh alatan yang dicipta untuk mengukur berat ialah dacing dan pikul.
- digunakan untuk menimbang emas, perak, bijih timah, rempah, buah-buahan dan sebagainya.
Contoh penimbang yang digunakan untuk menimbang pada zaman dahulu......
( dacing)
Sukatan
- digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu benda.
- alatan yang digunakan untuk mengukur sukatan ialah kaul, cupak dan gantang.
- digunakan untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam, kacang, gula dan sebagainya.
- juga digunakan untuk menyukat panjang sesuatu benda seperti pita pengukur.
(secubit garam )
( segantang beras )
( pita pengukur )
ZAMAN KINI.........
- Banyak benda telah dicipta pada era moden ini untuk mengukur jisim sesuatu benda.
- Penciptaan alatan-alatan yang moden ini telah membantu masyarakat pada zaman ini untuk menimbang jisim benda dengan senang dan tepat.
- Antara alatan yang telah dicipta untuk mengukur jisim sesuatu benda adalah penimbang berat, pengukur jisim bendalir, pengukur lemak, "triple beam balance" dan sebagainya.
Contoh gambar-gambar yang digunakan untuk mengukur jisim pada zaman moden ini ialah...........
( penimbang berat )
( "triple beam balance" )
( pengukur jisim bendalir )
( pengukur lemak )
Contoh gambar-gambar yang telah diambil oleh ahli kumpulan saya ketika melakukan aktiviti di dalam kelas berkenaan dengan jisim, iaitu aktiviti dacing.
( Ahli kumpulan saya ketika melakukan aktiviti dacing )
1) Kertas bulat
2) Pen
3) Pen marker
4) Sudu
5) Cermin mata
6) Mancis
7) Pemadam
8) Bateri
9) Highlighter
10) Diut syiling
11) Klip kertas
1)Mula-mula kumpulan kami telah menggunakan klip kertas untuk membezakan jisim dengan alatan yang lain.
2)Pada satu belah dacing kami telah meletakkan beberapa klip kertas dan cermin mata di belah lain dacing.
3)Klip kertas dimasukkan ke dalam satu belah dacing itu sehingga kedua-dua belah dacing itu kekal sama.
4)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mendapatkan jisim cermin mata telah direkodkan.
5)Cara ini digunakan untuk menggantikan cermin mata dengan alatan-alatan lain.
6)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mengimbangi setiap alatan tersebut juga direkodkan.
7)Klip kertas digantikan dengan kertas bulat dan segala penukaran dalam penggunaan bilangan kertas bulat turut direkodkan.
8)keputusan eksperimen kami adalah seperti berikut :
ITEM | BERAT | ||
KLIP KERTAS | SYLING 1 SEN | KERTAS BULAT | |
BATERI AA | 54 | 10 | 12 |
SUDU | 13 | 2 | 5 |
CERMIN MATA | 54 | 44 | 53 |
PEN MARKER | 49 | 8 | 15 |
HIGHLIGHTER | 24 | 16 | 19 |
MANCIS | 60 | 52 | 43 |
PEMADAM | 18 | 20 | 13 |
PEN | 18 | 15 | 12 |
Melalui aktiviti dacing ini saya dan ahli kumpulan saya dapat membezakan jisim beberapa objek yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan juga warna benda tersebut.
Bagi maklumat yang lebih lanjut mengenai ukuran jisim ini sila layari ke laman web :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jisim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_metrik
Friday, February 4, 2011
AKTIVITI DALAM KELAS...............
Saya dan ahli kumpulan saya telah menjalankan satu aktiviti di dalam kelas di mana kami telah mengukur panjang dan lebar kelas B0.5 Kampus raja Melewar.Keputusan aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
Panjang kelas tersebut mengikut ukuran kami ialah 5.9m.Menggunakan nilai ini kami telah mendapatkan nilai bagi satu hasta, depa, kaki dan langkah.Keputusannya adalah seperti berikut :
Panjang kelas tersebut mengikut ukuran kami ialah 5.9m.Menggunakan nilai ini kami telah mendapatkan nilai bagi satu hasta, depa, kaki dan langkah.Keputusannya adalah seperti berikut :
1 hasta x 5.9 m
15 hasta
= 0.39 meter
1 depa x 5.9 m
4 depa
=1.48 meter
1 kaki x 5.9 m
32 kaki
= 0.18 meter
1 langkah x 5.9 m
7 langkah
= 0.84 meter
IMPERIAL...............MATRIKS
IMPERIAL | MATRIKS |
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)